Ayah Hantar Dr Nurulhuda Ambil PhD Hanya Dengan Duit Besi Buruk Sahaja

Ayah, Nurul sayang ayah dunia akhirat…

Itu ucapan kasih sayang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKA Al-Irshad) Pulau Pinang, Nurul Huda terhadap ayahnya, Ahmad Zaki Shekh. Bagi NurulHuda, ayahnya merupakan seorang ayah yang terbaik di dunia. Jasa dan pengorbanan ayah tidak ternilai dalam membesarkan anak-anak.

Ayah sanggup berhujan berpanas dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi. Itulah ayahku. Menerusi blog Dr NurulHuda, pensyarah Universiti Malaya ini berkongsi kisah suka duka melalui catatan bertarikh 14 April 2016. Pic atas tu adalah pic ayah Nurul. Nurul sangat-sangat hormat, respect, sayang dan sangat-sangat bangga kerana menjadi anak kepada ayah, Ahmad Zaki.

Tahu kenapa?? Kalau kawan-kawan semua baca kisah ayah saya ni, kawan-kawan tentu akan rasa sed1h. PENGORBANAN yang dia lakukan untuk Nurul dan keluarga (terketar-ketar menulis kerana dapat rasai kesed1han bila teringat peng0rbanan ayah.

Ayah Nurul namanya Ahmad Zaki bin Shekh. Anak ketiga daripada 8 adik beradik. Ayah Nurul ni bijak tau. Masa SRP dia dapat straight A..time tu dipanggil pangkat rasanya. Tapi akademik ayah terhenti setakat SRP sahaja. Tapi Nurul bangga sangat dengan ayah. Ayah sangat bijak. Pemikirannya ke hadapan. Orang lain tak dapat pikir pun benda tu tapi dia mampu explain why mesti jadi macam tu..Allah..memang seiring maksudnya yang terpuji kepandaian.

Nurul ingat lagi sepanjang Nurul belajar di sekolah, ayah sebenarnya kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat, bergaji RM800..tapi gaji banyak tu tak cukup. Walaupun gaji banyak tu, ayah akan peruntukkan sedikit untuk nenek. Jadi sampingannya ayah meniaga buah-buahan. Lepas tu meniaga besi buruk..sebab nak sara kami 6 anak beranak..susah payah sangat ayah keja untuk kami.

Nurul ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Nurul antara top 5 je kat sekolah (bkn top 1) sebab malas belajar. Ayah selalu hantar dan ambik Nurul kat sekolah naik motor buruk. Nurul malu dengan kawan-kawan masa tu.. kalau boleh nak sorok muka. Dorang datang naik keta.. Ayah tak de kereta.. Zaman tu memang Nurul malas belajar.. main je tahu.. last-last nak dekat exam, result jatuh.. jadi Nurul ambik tuisyen malam. Ayah hantar dan ambik juga.

Suatu hari.. suatu malam.. Allah bukakan hati kecil Nurul yang buta selama ini…

Allah bagi Nurul berfikir bagi Nurul hidayah. Masa tu ayah datang ambil Nurul kat sekolah bawa raga di belakang motor. Ayah masukkan Nurul dalam raga. Masa tu Nurul menang1s, menangis sangat.. menitis air mata SEBAB time tu PIKIRKAN mulianya hati ayah bersusah payah kerja cari duit untuk Nurul berjaya. Kerja sampai lewat malam cari duit untuk sekolahkan Nurul, bagi Nurul makan. Sebab tu Nurul menang1s!

Elok la exam tinggal berapa hari je lagi. Tapi ayah Nurul memang straight dalam aspek Nurul belajar walaupun Nurul pemalas. Matematik adalah subjek terbaik Nurul. Walaupun Nurul pemalas, tapi Nurul adalah pelajar genius matematik. Tak pernah dapat B, C, D or fail.. Semua A, dan selalu skor paling tinggi.

Sebab: AYAH YANG AJAR KAT RUMAH – kadang-kadang sampai teresak menang1s sebab ayah garang sangat masa mengajar..UPSR just dapat 3A 2B.. Tak dapat masuk sekolah budak pandai.. TAPI AYAH sangat positif. Bagi Nurul ke sekolah agama menengah. Nurul memang study hard. Tiap tahun skor no 1 or 2. SEBABnya time ni dah ada keinsafan untuk berjaya.

AYAH?? He is very supportive. Dia keja kuat, meniaga..siang malam keja.. Allah.. hati Nurul menang1s selalu tengok ayah. Ayah, walaupun tak de duit, dia still belikan buku latihan semua subjek setiap bulan. Walaupun serba kekurangan, rumah pun panas masa Nurul belajar dulu, tak de kipas, tapi pada Nurul ayah dah bagi yang terbaik.

Ayah belikan sebuah basikal untuk Nurul…

Basikal tu lah Nurul naik hari-hari mengayuh seawal 6.30 pagi, mengayuh balik sepanas 2.30 petang. Naik basikal hari-hari 80 minit pergi balik stesen bas. Dari stesen bas naik bas ke sekolah selama 60 minit lagi pergi dan balik.. jauh kan perjalanan ke sekolah Agama Nurul ni. SMA Daeratul Maarifil Wataniah. Guru-guru sekolah agama yang mendidik Nurul untuk menjadi makhluk Allah yang bersyukur, dan hidup beragama. Menjadikan Nurul manusia.

Semua sebab Ayah.. Ayah yang hantar Nurul ke sekolah ni.. Kalau ayah hantar sekolah biasa??? Whats happen to me?? Ntah-ntah pakai seluar ketat, free hair, tak solat???? Allahuakhbar.. terima kasih ya Allah mendorong ayah untuk menghantar kami adik beradik ke sekolah AGAMA.. kata Ayah.

“Ayah tak pandai bab-bab agama..biar ayah ja tak pandai agama, tapi anak-anak ayah jangan tak pandai agama,” itulah kata-kata ayah pada Nurul suatu masa lalu. Terima kasih ayah. Ayah dorongkan Nurul pada jalan Allah.

Budak sekarang nampak naik motor, kereta ke sekolah, Nurul just berbasikal sampai form 4. PMR Nurul paling cemerlang dapat masuk sekolah Al-Irsyad, sekolah terbaik Penang. Ayah lah paling hepi. Mak pun hepi. Gembira sangat Nurul dah masuk sekolah pandai-pandai. Then masuk UM, Nurul ni minat study. Alhamdulillah still skor first class. Pada Nurul apa yang dapat dan kecapi sekarang ni hanyalah sebab ALLAH tolong, dengan cara ada AYAH dan MAK Nurul ni.

Tahu tak, ketika zaman belajar ijazah di Universiti Malaya, Nurul memang tak ganggu duit ayah. Nurul berjimat hari-hari.Di kala kawan-kawan kuar berjalan-jalan hujung minggu ke Jalan Tar, ke Times Square, Nurul tak. Nurul tak nak bazir duit. Hari-hari Nurul beli nasi sekali sahaja tengah hari, then nasi tu Nurul bahagi dua untuk makan malam sama.

So Nurul just belanja sehari sekali saja. So duit PTPTN Nurul, Nurul bagi ayah sikit, baki Nurul guna untuk makan. Nurul ada 3 adik lagi. Semua bersekolah. TAHU tak??? Ayah setiap hari cari BESI BURUK tepi-tepi jalan dan di kawasan sampah sarap sebab nak cari duit untuk sekolahkan anak!!! Allahuakhbar..

Sebab tu kalau Nurul ada duit lebih, Nurul bagi ayah sebab Nurul tahu ayah tak cukup duit. Ayah berhutang sebab nak sekolahkan anak-anak. WAHAI ANAK-ANAK DI LUAR SANA..KESIANKANLAH AYAH ! KASIHANKANLAH AYAH!..Nurul sayang sangat-sangat kat ayah.. Ayah sanggup berpanas, cari BESI BURUK di kawasan sampah sarap untuk cari rezeki..Tu pun orang kg dengki.. Cakap ayah ni tak cukup duit ke sampai cari besi buruk??

Ayah cakap “Ayah cari rezeki halal. Walaupun orang buang dalam tong sampah MPSP, tapi benda tu boleh jual balik.. dapat duit.. Ayah tak minta duit orang lain.. Ayah cari rezeki halal utk anak-anak ayah” – kata-kata ayah pada saya suatu masa lalu.

ASBAB itu yang paling UTAMA Nurul sambung PhD. Niat hati nak kerja cepat sebab nak bantu ayah.. nak bantu adik-adik belajar.. tapi ayah kata “Ambillah PhD Nurul. Ayah bangga sangat anak ayah ambik PhD. Anak kepada ayah yang mencari besi buruk dapat ambik PhD”..itu lah kata-kata ayah pembakar semangat untuk Nurul ambik PhD.

Alhamdulillah, Nurul berjaya habiskan PhD ayah…

Nurul kuat, jatuh dan bangun sepanjang liku-liku mengambil PhD, kuat sebab AYAH..Ayah tak tahu.. tapi dari benak hati Nurul, Nurul nak bagi tahu.. Nurul berjaya bukan sebab Nurul tapi sebab Allah..Sebab Ayah. Tanpa Allah tolong jadikan ayah sebagai ayah Nurul, Nurul tak ada kat sini sekarang ayah!!

Masa Nurul viva PhD, ayah datang dari Penang ke KL, naik bas semata-mata nak tunggu luar pintu persidangan PhD Nurul. Ayah tak dibenarkan masuk tapi ayah tunggu 2 jam (10 hingga 12 tgh) di luar pintu. Sebelum tu Nurul tengok ayah pergi surau untuk solat hajat untuk Nurul. Nurul hargai sangat-sangat. Alhamdulilah, ayah menitis air mata di saat keputusan viva PhD Nurul LULUS..ayah menangis sambil dipeluk prof-prof yang terlibat dalam viva Nurul.. ayah.. oh ayah.. Nurul berjaya sebab ayah.

Kini, Nurul mampu tolong ayah. Every month daripada duit gaji Nurul tu, memang sebahagiannya MILIK ayah!! Wajib menjadi milik ayah. Adik-adik pun Nurul dah mampu tolong.. TAPI AYAH MASIH DENGAN BESI BURUKNYA!!!Kata ayah…

“Ni jiwa ayah.. walaupun dah pencen, ayah still cari besi buruk di kawasan pembuangan barang dan sampah..ayah cari tepi-tepi jalan.. asbab kerana MINAT. Ayah tak boleh duduk rumah rehat-rehat nanti ayah sakit sebab banyak tidur. Cari besi buruk memang dah SEBATI dengan ayah” – kata-kata ayah pada Nurul hari tu..

Sampai sekarang ayah cari besi buruk untuk jual. Dapat sara adik-adik sekolah lagi. Walaupun anak-anak dah bagi duit pada ayah, ayah still cari besi buruk. Ayah kata, setiap kali jual, dapat la 20 ke 30 ringgit..boleh beli lauk.. duit anak-anak bagi ayah simpan, tak nak usik kecuali ketika terdesak.

Sebenarnya Nurul dah tak sanggup tengok ayah keja macam tu, tapi dia nak juga keja. Nurul hormati minat ayah. Mungkin orang kat luar akan kata, anak sulung keja cikgu, anak kedua dah jadi lecturer, tapi ayah masih cari besi buruk???

Ayah kata, biarlah apa orang nak kata..diorang tak tahu apa-apa.. ayah cari besi buruk sebab dah jiwa ayah!! Bukan asbab anak-anak tak tolong – kata-kata ayah pada Nurul.Sebenarnya tiap kali balik kampung, ayah suka sembang dengan Nurul. Hehe. Kami selalu sembang sama-sama. Masa ni lah dia suka luahkan rasa hati dia. Nurul sayang ayah dunia akhirat. Nurul selalu doakan..

“Ya Allah kau tolonglah balasi segala kebaikan ayah selama ini kepadaku. Aku tak mampu balas budi ayah, tapi ya Allah, Kau gantikanlah segala kebaikannya dengan ganjaran pahala sebesar-besarnyanya.. dan aku mohon berkatilah UMUR ayahku sepanjang hidupnya”..Nurul tak pernah tidak untuk tidak mendoakan ayat ini buat ayah dan mak.. (kisah mak lain pula).

Alhamdulillah ya Allah bagi ayah dan mak di dunia ni.. Jerit perit mereka buatkan aku menjadi SEORANG MANUSIA BERAKAL. WAHAI ANAK-ANAK DI LUAR SANA..Tak guna kau ada kereta besar, gaji besar, rumah besar, makan hari-hari sedap dan besar-besar..SEDANGKAN IBU BAPA kau kat kampung hidup melarat..hidup penuh kesusahan dan kedaifan. Gaji kau 2000 tapi 50 ringgit pun kau KEDEKUT nak bagi.. alasan sebab tak cukup.. nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak sara anak bini!!! TAPI kau CUKUP pula bayar semua-semua tu. Kenapa nak bagi mak ayah pun tak boleh???

Di kala kau makan KFC, mak ayah kau makan ikan kering sebab nak berjimat. Di saat kau beli air cond rumah, mak ayah kau kipas pun tak ada. Di saat kau berjalan-jalan bersiar-siar melancong seronok-seronok, mak ayah kau bersusah payah membajak tanah untuk bertani untuk sesuap nasi.. TERUKNYA PERANGAI KAU WAHAI ANAK..

Kau hidup dulu sebab ayah mak kau bagi makan..cuba hitung berapa banyak mak ayah belanjakan untuk kau makan minum sejak kau lahir sampai kau belajar di menara gading?? Berapa RATUS RIBU JUTA????? Kau ingat kau mampu nak bayar balik??? Nak bagi mak ayah duit pun KEDEKUT.. Anak tak kenang budi!! Saya bercakap atas dasar apa yang berlaku masa kini.. kau tak layak hidup kalau kau tak mampu tolong mak ayah.

Tolonglah wahai anak-anak..kalau kau bergaji RM3000.. tolonglah utamakan perbelanjaan mak ayah. Utamakan bagi 700 pada mak ayah setiap bulan. Baki 2000 tu baru kau bahagikan untuk keperluan kau.. Lagi berkat gaji kau. Percayalah Allah akan sentiasa cukupkan dan murahkan rezeki kau kerana berbakti pada mak ayah.. Anak-anak kau akan jadi soleh solehah, isteri kau akan taat pada kau.. hidup kau akan tenang!! Percayalah!! Utamakan lah mak ayah.. cuba pikir berapa lama lagi mak ayah nak hidup?? 10 tahun?? 20 tahun?? Sekejap sangat.. BERBAKTILAH PADA MAK DAN AYAH KETIKA MEREKA MASIH HIDUP..

Sumber: Blog DR NURULHUDA via empiremedianetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*