Ingat Lagi Hantu Purdah Yang Pernah Menggemparkan Malaysia Suatu Ketika Dahulu? Budak-Budak Wicet Mesti Tak Tahu. Rupanya Ini Orangnya..

Loading...

Assalammualaikum semua. Ntah kenapa, hati ni berdebar-debar dan teringin untuk menulis artikel berkaitan Hantu Purdah yang pernah menggemparkan dan menakutkan kita di Malaysia satu masa dulu. Min masih ingat cerita ni memang famous sekitar tahun 1996-1997 macam tulah, tak ingat sangat masa tu min baru darjah (rahsia) hehe. Tapi, memang jelas min masih ingat cerita tu sehinggalah ke hari ini. Bagi budak-budak wechat, korang tak kan tahu cerita ni, jadi biar pokcik ceritakan dengan korang serba sedikit mengenai kisah hantu purdah ni. Admin tak tahu banyak sangat pasal cerita ni, min pun dengar dari mulut-mulut orang. Kadang ada betulnya, kadang ada tak betulnya, serabut mikir mana satu yang betul.

Kita kenal serba sedikitlah pasal hantu purdah ni. Sebenarnya, gadis bukan hantu. Tapi memandangkan dia ni ada buat perjanjian dengan syaitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia. dia akan memburu 44 anak dara bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala! Cerita dia macam ni, hantu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia. Malangnya, gadis ni kononya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia (konon-kononnya masa tu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia). Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!

Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam. dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam tu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ni patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik. Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia takleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari. Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian, para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya. Masa tu gadis ni memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan tu menjadi! Tapi, tulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah melanggar pantang yang telah ditetapkan.

Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita. Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh! separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat melanggar pantang.
lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hodoh! Gadis tu kemudian bertemu kepada bomoh itu untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula. bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal, maka dia harus meminum darah daripada 44 anak dara. bermula lah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara…

serius admin cakap, kau takkan nampak orang berkeliaran tak kira di mana-mana (kalau kampung aku lah) selepas asar, memang orang tak akan keluar dari rumah sebab takut dengan gadis purdah tu. memang masa tu gempak dan top lah cerita ni! hantu purdah ni akan merayau-rayau di mana-mana sahaja untuk mencari anak dara! hantu ni lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan hantu ini adalah berkurung di rumah. memang masa tu igauan mimpi ngeri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.

Cerita ni memang pelbagai versi dan kisah. yang ni orang kampung admin cerita lah ntah betul ke idok. Masa tu dia tinggal dekat rumah sewa area kuantan katanya, dia pernah nampak sekali hantu purdah ni merayau-rayau kat kawasan rumah tu konon-kononnya dia tengah menjual kain. Ntah betul ke tak, tapi menurut cerita dia memang takde kejadian ngeri yang berlaku. Ade lagi satu versi, hantu purdah ni merayau-rayau menggunakan sebuah kereta kancil warna hitam, kalau dia nampak ade gadis-gadis berjalan memang siap la.

hantu purdah ni kononnya akan mencakar mangsanya terlebih dahulu dan menghirup darah mangsanya sehingga dia puas menggunakan kukunya yang sangat tajam! lagi satu, hantu ni tak reti nak bagi salam dengan betul. mungkin disebabkan ilmu hitam yang dituntut itu menghalangnya. dia akan sebut “Kum…Kum…Kum” dia takleh sebut “Assalammualaikum” dengan accurate.

Korang pun faham gak zaman 96-97 ni, bukan macam sekarang. nak buat panggilan pon mahal, jadi menggunakan SMS jela yang menjadi alternatif mudah pada ketika itu (Belum ade lagi WhatsApp, Telegram masa tu). “Hantu purdah tengah mencari mangsanya yang ke 20, hati-hati”

“Jika terlihat seorang perempuan sedang memakai purdah menjual kain, jangan keluar!”

Dipendekkan cerita, kisah ni kekal menjadi misteri dan tak terjawab sehingga kini. Macam tula cerita dia. wallahualam, mungkin bagi korang lebih banyak versi berkaitan hantu purah ni. sebab belum ade kepastian mengenai hal ni.

Sumber : sarkasteek.com

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*