Petua Orang Dulu Dulu Kulit Cerah Berseri Guna 3 Bahan Dapur

Loading...

Ramai pm cikgu nak petua simple namun berkesan. Nak guna bahan yang senang dapat kat dapur dan murah. Cikgu pun teringat satu resipi sangat power orang dulu dulu selalu amal. Ramuan ni juga di amalkan oleh orang barat dan jepun . Sangat best resipi ni . Kulit semakin cerah berseri, tegang, kedut kedut halus perlahan lahan akan hilang, penampakan jeragat semakin pudar, jerawat semakin kecut, bekas parut jerawat juga semakin pudar. Wow!

Pernah tak dulu dulu nenek atau ibu kita selalu pesan nak cantik basuh muka dengan beras? Mesti pernah buat kan? Bagi orang jepun , mereka dari dulu amalkan wap muka dengan wap nasi yang di masak. Setelah zaman berubah, mereka mengkaji manfaat air beras sehinggalah mereka temui piterra. Sebab tu produk SK 11 ada piterra.

Walaupun dunia semakin moden dan banyak teknologi, bahan alami tidak pernah di lupakan. Sehingga saat ini, seluruh dunia masih amalkan pemakaian bahan alami. Tambahan disebabkan ramai orang telah serik menggunakan produk “ready made” di mana mereka telah tertipu dengan bahan kimia terlarang terkandung dalam produk itu.

Okaylah. Jom cikgu share resipi kulit cantik tapi MURAH lagi BERKESAN turun temurun dari nenek moyang kita.

Resipi ini juga boleh di gunakan untuk seluruh badan tau.

Bahan-Bahan Resipi Kecantikan Orang Dulu:

1. 5 sudu beras @ beras pulut @ perang perang

2. 1/2 biji kentang

3. Sedikit Kunyit hidup (tak perlu banyak banyak)

Cara buat sila rujuk pada gambar di bawah.

Amalkan sebagai masker muka setiap hari selama 30 minit untuk dapatkan hasil yang power. Ala, sapu kat muka pastu buatla kerja. Cukup masa cuci lah dengan air biasa.

Boleh jadikan masker badan juga. Pastikan tiada orang tunggu nak masuk bilik air. Sebab lama nak duduk dalam bilik air tu.

Nak cerahkan ketiak, belakang tengkuk dan celah peha pun boleh! Campur sedikit garam halus dan air jus lemon. Sental lah ketiak serta celah peha dan biarkan selama 30 minit. Badan pun boleh sental kalau nak sental.

Selamat mencuba! Sangat mudah, murah, cepat dan berkesan!

5 sudu beras tidak di basuh.

(Ikut kajian dan pengalaman beras tak dibasuh air dia tu manfaat tu banyak skit. Tapi kalau awak rasa takut serangga lah, kutu beras la, kotor la ikut suka la nak cuci ke tak. Sebab cikgu dulu air basuhan 1-3 di tapis dan di ambil air tu buat cuci muka. Takperlah lain orang lain caranya. Tak semua orang boleh terima air beras pertama).

Direbus sehingga nasi lembut jangan sampai air kering

1/2 biji kentang

Sedikit kunyit hidup

Blend nasi dan air nasi bersama kentang dan kunyit. Dah siap. Boleh terus apply ke muka. Selebihnya boleh masuk peti. Nanti nak guna apply sahaja.Wah, mudahkan nak cantik macam orang dulu dulu. Selamat mencuba!

 

Petua oleh : Sarifa Redzuan II

Sumber: Cari Petua 

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*