Rosma AF Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Penyanyi Rosma AF (Akademi Fantasia musim pertama), selamat melahirkan bayi perempuan semalam pada jam 1.48 petang.

Berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, Khai AF menerusi akaun Instagrfam (IG) milik mereka bersama.


Pasangan itu telah memilih nama Nur Alya Dhania buat cahaya mata ketiga mereka.

“Good Morning Semua… Syukur Alhamdullillah… Anak perempuan kami “Nur Alya Dhania” selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48pm berat 2.8kg.

“Terima kasih buat doktor noraini & pembantu semua di hospital azzahrah bangi diatas layanan & bantuan semua.

“Terima kasih juga diatas doa2 kalian semua famili, sedara mara, sahabat2 & rakan2 di FB & iG kami,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Khai memuat naik foto bayinya yang comel di hospital.

Rata-rata peminatnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kedua-dua ibu dan bayi terus sihat.

Khai mendirikan rumah tangga dengan Rosma yang juga teman seangkatannya ketika menyertai Akademi Fantasia musim pertama pada 2008.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*