“SAPA NK TLG KITA BAYAQ PULUH2 RIBU TU?”- LUAHAN SAYU AYU RAUDHAH BILA DITAHAN WAD AKIBAT APENDIKS, JANGKITAN KUMAN DAN PARU-PARU BERAIR

Loading...

Aktres yang juga adik kepada selebriti, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta kerana mengalami masalah apendiks jangkitan kuman dan paru-baru berair. Ayu, 33 berkongsi situasi yang dihadapinya itu di Instagram.

Menerusi posting berkenaan, MH difahamkan kos perubatan buat pelakon tersebut telah pun mencecah sehingga RM50,000. Bagaimanapun, dia bernasib baik dan memanjat rasa syukur kerana mempunyai insurans kesihatan.

Menurut kenyataan Ayu yang dimuat naik, dia turut menasihatkan peminatnya supaya mengambil inssuran kesihatan bagi meringankan beban disaat memerlukan.

“Dah la menangung sakit, kena keluar duit lg.. sapa nk tlg kita bayaq Puluh2 ribu tu???…”Tulisnya. Khabarnya ketika ini juga, kesihatan pelakon drama Mat Bunga itu kini semakin pulih dan berterima kasih buat para peminat yang mendoakan kesihatannya.

Ayu, bagaimanapun turut meluahkan rasa sedih kerana tidak boleh menyusuk badan anaknya, Laura kerana masih mengambil ubat antibiotik.

Serentak dengan posting berkenaan, Ayu juga turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan ahli keluarganya yang menyentuh hati netizen bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya bersama pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha yang ketujuh.

Pelakon Ayu Raudhah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta ekoran masalah apendiks yang sudah pecah, jangkitan kuman dan paru-baru berair.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, kos rawatan Ayu sepanjang 11 hari di pusat perubatan itu mencecah RM50,000.

“Apendiks pecah, jangkitan kuman pada paru-paru dan paru-paru berair, ditahan di wad selama 11 hari dan menjalani dua kali pembedahan.

“Bil rawatan mencecah RM50,000,” kongsi Ayu yang menyarankan peminatnya mengambil insurans kesihatan.

Disebabkan pembedahan penyakitnya, Ayu berkongsi rasa terkilan tidak boleh memberikan susu badan kepada bayinya, Laura Zuleykha, 7 bulan.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah semakin pulih tetapi yang paling sedih sudah tak boleh menyusu badan Laura sebab masih mengambil antibiotik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik,” tulisnya.

Dalam perkembangan lain, Ayu turut memuat naik beberapa keping fotonya meraikan ulangtahun perkahwinan ketujuhnya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha.

Apa pun, MH mendoakan semoga semuanya dipermudahkan buat Ayu sekeluarga. Moga baik-baik saja, insya-Allah…

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*