“TU BARU BELI PENCUCI TANDAS, KALAU BELI SUNLIGHT?” -KAPSYEN VIVY YUSOF BILA PEMBANTU RUMAH SURUH BELI PENCUCI TANDAS BIKIN TERHIBUR, LAWAK HABIS!

Loading...

Usahawan terkenal, Vivy Yusof dalam laman Instagram beberapa hari yang lalu ada memuat naik gambar dirinya membeli belah di sebuah pasaraya.

Namun penampilannya yang cantik dan glamour ketika itu tidak sesuai dipakai untuk ke pasaraya, apatah lagi dengan kasut tumit tinggi dengan ketinggian enam inci itu!

Rupa-rupanya Vivy terpaksa membeli belah setelah pembantu rumahnya, Kak Siti meminta majikannya untuk membeli pencuci tandas!

Gambar berkenaan yang disertakan kapsyen “When you’re feeling fabulous, and then Kak Siti texts you to buy toilet cleaner. 😒#getityourselfkaksiti#potongstim” mendapat hampir 100k likes daripada pengikut Instagramnya.

 

Rata-rata terhibur dengan kapsyen lucunya, bahkan ada juga yang menyakat penampilannya yang fabulous selain menegur barangan yang dibeli wanita berkenaan melebihi apa yang dipesan pembantu rumahnya.

Sumber Instagram Vivy Yusof via kisahdunia

Fadza Anuar dan Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam dunia keusawahanan. Kedua – duanya telah memberi pelbagai inspirasi khususnya kepada anak – anak muda melalui kisah perjuangan mereka dan kejayaan hab fesyen tempatan nombor 1 di Malaysia, FashionValet.

Kisah Percintaan 

Bermula dari sahabat karib dan menjadi suami isteri, kisah kedua – dua usahawan ini cukup menarik. Dengan menggunakan perbelanjaan sendiri hampir 100 ribu, mereka tekad untuk mengembangkan perniagaan FashionValet, yang dahulunya bermula hanya dengan 10 jenama tempatan. Bukan itu sahaja, Vivy Yusof juga pernah mengharumkan negara apabila satu-satunya wanita yang berhijab yang terpilih untuk mengenakan jenama mewah terkenal, Louis Vuitton.

Fashion Valet

Kini, jenama Fashion Valet berdiri megah dengan jenama – jenama antarabangsa yang lain. Bukan sahaja mempunyai butik fizikal di pusat membeli belah terkenal ibu negara, Pavilion. Malah, Fadza Anuar dan Vivy Yusof turut mengeluarkan jenama scarf mereka sendiri, Duckscarves menerusi dUCK Group yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*