‘Unsung Hero’, Jururawat Terima Anugerah Atas Jasanya Ketika Tragedi Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah

Loading...

18 Jan – Baru-baru ini seorang jururawat daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu telah menerima anugerah penghargaan daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia atas jasa dan sumbangan yang beliau berikan ketika kes kebakaran yang berlaku di HSA, Oktober 2016.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang jururawat menerusi akaun Facebook nya yang bernama Lara Marina.

Beliau yang bernama Nursuhaily Sulaiman menerima anugerah itu atas bakti cemerlang yang telah beliau sumbangkan ketika tragedi tersebut.

Anugerah seperti ini sangat bermakna bagi menghargai jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh individu-individu tertentu ketika berlaku sebarang tragedi dan kemalangan.

Anugerah yang diterima oleh Suhaily ini juga mampu membakar semangat para jururawat sama ada yang baru atau yang lama untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat dan kebal daripada sebarang kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bukan mudah untuk menjadi seorang jururawat. Mereka haruslah seorang yang mempunyai kesabaran serta ketabahan yang tinggi ketika menjalankan tugas dan perlu mengorbankan banyak masa utnuk keluarga demi tugas yang telah diamanahkan.

Siakap Keli mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada saudari Suhaily dan seluruh jururawat di Malaysia atas sumbangan anda kepada negara yang tidak tolok bandingnya.

Tragedi di Hospital Sultanah Aminah pada Oktober 2016

Siakapkeli.my

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*