[Wanita Besi & Isteri Mithali – Umy Rohayu] Bakal Tubuhkan TABUNG IBU & ISTERI PRIHATIN (TIIP)

Loading...

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

Puan Ayu & TIIP…
Pihak ngo Wakaf Dunia Islam (WADI) telah memetrai perjanjian penerbitan buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah dengan puan Siti Rohayu. Penerbitan buku ini adalah sebahagian perancangan WADI dalam membantu puan Ayu dan suaminya yang masih terlantar. puan Ayu juga bersetuju menyalurkan sebahagian drp kutipan jualan buku ke Tabung Ibu & Isteri Prihatin (TIIP) yang bakal ditubuhkan. Ini kerana puan Ayu yakin masih ramai ibu dan isteri yang senasib dengannya yang berjuang tanpa mendapat bantuan daripada mana-mana pihak. TIIP akan menyalurkan bantuan kepada ibu-ibu & isteri-isteri ini supaya beban mereka dapat diringankan. MOGA rancangan penubuhan TIIP mendapat sokongan dan dokongan ramai… Marilah kita zahirkan sokongan dengan “LIKE” 👍 & membeli buku catatan 100 Hari Menggapai Syurga Terindah…

Siapa yang sokong umy dalam bab ni?umy nak tgk siapa yg SHARE & KOMEN nak beli buku umy nanti,umy bukan riak nk menunjuk tetapi umy sudah lalui ujian yang amat berat,tak salah kita kongsi rezeki,bagi umy..duit bukan segala2,wlpn umy sangat perlukan duit tetapi utk kehidupan yang lebih baik,umy nak keberkatan hidup,umy nak aby sembuh,jadi umy nk salurkan kepada yang senasib dengan umy,ape yang Allah beri pasti cukup untuk kami,yang pasti umy berusaha mencari rezeki yang berkat & halal

#sharebanyak2

 

[TERKINI] Penerbit Novel Terangkan Sebab Utama Terhasilnya Nukilan Untuk UMY Ayu..

Assalamualaikum.

Petikan dari fb Shafie Abdul Rahman

1.Terima kasih semua atas sokongan yg diberikan serta minat yg ditunjukkan. Tksh juga kpd dua orang sahabat yg bersama2 saya menemui Pn Ayu di Jertih, Trg iaitu En Jamil Mutalib dan Farouk Adam, Pengurus Projek saya.

2. Saya dan rakan2 mengucapkan syukur kpd Allah yg melancarkan segala urusan kami bermula drp perjalanan dr KL pada hari Khamis pkl 2 tghri hgga selamat sampai di Jertih kira2 pkl 10 mlm.

3. Terima kasih kpd Pn.Ayu dan suami serta keluarga tmsuk kakak beliau yg turut serta menjadi saksi kpd perjanjian penerbitan novel yg menceritakan kisah cinta yg mendalam serta kesetiaan dan ketabahan Pn.Ayu dlm merawat suaminya.

4. Objektif utama drp penerbitannovel ini adalah bg mengumpul sejumlah wsng untuk membolehkan Pn.Ayu membeli sebuah kereta utk memudahkannya bergerak ke HUSM bagi meneruskan rawatan untuk suaminya.

5. Selain itu, kami juga berharap melalui projek ini juga dpt mengumpul dana bagi membiayai rawatan En.Muhamad Ridhwan iaitu suami kpd Pn. Ayu.

6. Novel ‘Menggapai Syurga yang Terindah’ adalah sebuah novel terapi cinta yg memperlihatkan bagaimana kuasa cinta dan kasih sayang seorang isteri mampu menjadi sebuah terapi untuk menyembuhkan suaminya yg koma dan x diberikan harapan untuk hidup.lama oleh pakar perubatan yg merswatnya.

7. Ia turut disulami dgn maksud ayat2 al Quran dan hadis serta kata2 motivasi.

8. Novel ini in shaa Allah akan dilancarkan di PWTC pada 30 April atau 1 Mei sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2018.

9. Bg para peminat dan follower Pn Ayu yg byk memberi sokongan dan kekuatan kpd Pn. Ayu, beliau amat2 menghargai sokongan yg diberikan dan bersetuju melancarkan jualan secara online bermula dari 15 Mac hgga 15 April. Harga tetap RM25 tetapi bg peminat yg membeli secara online, anda ditawarkan kos penghantaran@pos percuma.

10. Pn Ayu juga akan melancarkan TABUNG ISTERI & IBU PRIHATIN (TIIP) sempena penerbitan buku ini di mana sebanyak 20% daripada keuntungan projek ini (iaitu 10% adalah sumbangan Pn.Ayu sementara 10% lagi akan disumbangkan oleh pihak penerbit).

#share

Sekian, harap maklum.

Sourced Facebook Siti Rohayu

Loading...
Loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*